Profail ABIM Sarawak (Bah. 1: Visi, Misi, Budaya dan Penubuhan)


ABIM SARAWAK
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia ABIM Negeri Sarawak menggerakkan pelbagai program termasuklah pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi, kepemimpinan, penerbitan, wacana dan seminar serta jaringan antarabangsa.



Profail Pertubuhan dan Kegiatan ABIM Sarawak



[Visi, Misi dan Budaya ABIM]

Visi ABIM
Membina & Memimpin Tamadun Khayra Ummah

Misi ABIM
Gerakan Islam yang Komprehensif
untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah

Budaya ABIM

1. Menghayati Budaya Ilmu,
2. Menghayati Amalan Kerohanian,
3. Menghayati Amal Shura dan Amal Jama’iyy,
4. Memahami dan Melibatkan Diri pada Isu Semasa,
5. Menghayati Ruh-Jihad fi Sabilillah





[Penubuhan ABIM Sarawak]

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan pada tahun 06 Ogos 1971 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur. Tujuh tahun kemudian iaitu pada 12 April 1978, ABIM cawangan Negeri Sarawak ditubuhkan di Kuching. 

Antara pengasas awal ABIM Negeri Sarawak adalah al-Fadil Almarhum Ustaz Haji Awang Pon Awang Sebon, Ketua Hakim Syarie pertama Mahkamah Syariah Sarawak.


TAG