Sukaneka TASKI ABIM Sarawak 2019 Meriah



Kuching, 07 September 2019: Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM Kuching-Samarahan telah menganjurkan Hari Sukaneka Tahunan TASKI 2019, bertempat di Stadium Tertutup MBKS, Pending, dekat sini.

Seramai lebih 500 orang pelajar daripada 16 cawangan institusi pendidikan TASKI ABIM di Kuching dan Samarahan, diiringi ibu bapa masing-masing berperanserta dalam acara ini. Lebih 100 orang guru dan juga sukarelawan daripada para aktivis ABIM Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) memastikan perjalanan acara berlangsung dengan lancar.

Pelbagai acara dipertandingkan, bukan semata-mata dalam kalangan para pelajar, malahan juga untuk para guru, ibu bapa dan sukarelawan.

Acara perarakan masuk kontinjen rumah sukan memaparkan kreativiti dan keberagaman yang pastinya mencuit hati. Kecomelan anak-anak pelajar TASKI berentap dalam acara sukan yang dipertandingkan merupakan antara momen yang dinanti-nantikan.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Guru Besar, warga pengurusan kanan, guru-guru, pimpinan ABIM Sarawak dan para sukarelawan PERKEPIS serta para ibu bapa atas kerjasama menjayakan acara Sukaneka Tahunan kali ini.

#ABIMsarawak
#TASKIABIM












































































TAG