Kuching, 14 September 2019: ABIM Negeri Sarawak bersama-sama keluarga besar jamaah merangkumi Wadah Pencerdasan Umat Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan Ijtimak Harakiy ke-3, berlangsung pada 14 September 2019, bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), di sini.
Sesi perasmian dan ucapan penegasan berlangsung dengan diteraju oleh YBhg Al-Fadil Ustaz Haji Jahidin bin Abang Abdul Latif.
Ucapan Dasar PERKEPIS disampaikan oleh Yang Dipertua PERKEPIS, Sdr. Muhammad Zhariff Azhari berjudul "Menggerak Generasi Bitara,Merintis Arus Perubahan dalam keutuhan Gerakan pada Abad-21"
Manakala, Encik Muhammad Hazim bin Azhari selaku Yang Dipertua ABIM Sarawak telah menyampaikan Ucapan Penegasannya berjudul "Mengangkat Martabat Umat: Kesiapsiagaan Belia dalam Melakar Masa Depan Sarawak".
Pengerusi WADAH pula, Tuan Haji Rasli Saharan menyampaikan amanat WADAH.
Perasmian Program disempurnakan oleh Presiden ABIM Pusat, Tuan Haji Mohamad Raimi Ab Rahim. Beliau menyatakan betapa pentingnya penelitian dibuat dalam konteks sejarah Islam di Sarawak, yang sememangnya jarang-jarang diketahui umum. Usaha ini juga akan dapat membangkitkan jatidiri umat.
Ijtimak kali ini dihadiri oleh lebih 200 orang perwakilan dari seluruh Sarawak. Sempena Ijtimak kali ini juga dianjurkan Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak dan Majlis Peringatan Haul 101 tahun Shaykh Uthman Sarawak.
#ABIMsarawak
Tiada ulasan
Catat Ulasan