YB Karim Hamzah Rakam Ucapan Tahniah kepada ABIM Sarawak



Kuching, 18 September 2019: Menteri Belia dan Sukan Sarawak yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Keseniaan Sarawak, YB Datuk Hj Abdul Karim Rahman Hamzah merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada ABIM Negeri Sarawak atas pencapaian cemerlang dan kemenangan tiga anugerah bagi tahun 2019 setakat hari ini: Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2019 Peringkat Negeri Sarawak; Anugerah Buku Negara 2019 Kategori Buku Umum Terbaik (Terjemahan) dan Tempat Ketiga Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2019.

Ucapan tahniah tersebut disampaikan beliau dalam sesi Kunjungan Hormat ABIM Negeri Sarawak kepada beliau, bertempat di Bangunan Baitul Makmur, hari ini.

ABIM Sarawak diwakili oleh Sdr. Fazril Saleh, Sdri. Nurshazira Zamri, Sdri. Najwa Nabila binti Iskandar, dan Sdri Faridah Amin, berkunjung ke Pejabat YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk atas sokongan dan pedoman yang diberikan kepada pertubuhan belia Sarawak termasuk ABIM Sarawak sehingga memungkinkan ABIM Sarawak mencapai kecemerlangan sepertinya.

Selain itu juga, ABIM Sarawak juga melaporkan beberapa progres projek penyelidikan khasnya berkait topik Islam di Sarawak yang sedang diusahakan oleh ABIM Sarawak.

Video kunjungan boleh diakses di pautan:
https://www.facebook.com/601893756608637/posts/1784669251664409/

FB Live Ucapan Tahniah YB Karim kepada ABIM Sarawak boleh diakses di pautan:
https://www.facebook.com/YBKarimHamzah/videos/496926967815275/?sfnsn=mo&d=n&vh=e

















TAG