ABIM Sarawak Hadiri Majlis 'Hi-Tea' NGO Islam Anjuran YADIM

Kuching, 25 Mac 2019: ABIM Sarawak diwakili Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Mohamad Raufa Irman dan Timbalan Setiausaha Negeri, Encik Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya dan Exco Kaderisasi Ustaz Shahril Aqmal Baharin telah berperanserta dalam Majlis 'hi-tea' bersama NGO Islam bertempat di SFC Mini Hall, Matang Jaya, dekat sini.
Majlis yang sepatutnya dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) itu diteruskan tanpa kehadiran beliau yang terpaksa membatalkan kehadiran beliau saat akhir akibat urusan yang tidak terelakkan.
Walaupun begitu, majlis tetap dijalankan dengan kehadiran lebih 50 orang undangan. Perbincangan lebih berkitar seputar perihal dakwah dan laporan perkembangan dakwah oleh YADIM, serta sumbang saran daripada pelbagai pertubuhan, organsasi dan agensi Islam di Sarawak.












TAG