Seremban, 07 Oktober 2019: ABIM Sarawak dengan diwakili oleh Naib Yang Dipertua (HELWA) Cik Syarifah Fatin Awatif bersama jurulatih DERMAGA Sarawak Puan Nurul Nafisah binti Shafie telah menyertai TOT Jurulatih bagi modul Tunas Dermaga (TD) 2019, anjuran Abim Pusat dengan dihoskan oleh ABIM Negeri Sembilan.
Modul TD merupakan kesinambungan modul DERMAGA yang dilahirkan atas rasa keprihatinan dan kepekaan terhadap pemberdayaan pendidikan kesihatan reproduktif dalam kalangan remaja (DERMAGA) dan kanak-kanak (TD).
Kursus dua hari dua malam yang diadakan di Hotel Sutera 2 dekat sini ini menghimpunkan lebih 60 orang Jurulatih DERMAGA untuk dipersiapkan bagi mengisi ruang pendidikan bersama kelompok sasaran sedia ada.
Di sinilah ABIM menawarkan khidmat dalam usaha 'pencegahan' dan 'kesedaran' awal bagi Pendidikan Reproduktif buat remaja dan kanak-kanak. Kita binakan kumpulan sokong bantu dan kita dekati remaja bagi menawarkan khidmat pendidikan dan panduan buat mereka memahami bahawa Seksualiti itu komponennya lebih besar dan utama dari yang mereka fahami
ABIM menawarkan latihan pemberdayaan kumpulan sokong bantu dan pendekatan kepada kelompok sasaran melalui modul DERMAGA (remaja) dan TD (kanak-kanak) selain modul pendekatan SToP (Sekeluarga Tolak Pornografi - ibu bapa) dan ResQ (remaja) yang dijalankan secara bersama Wadah Pencerdasan Umat dan PKPIM.
DERMAGA adalah singkatan bagi Diriku Permata Berharga. DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif remaja. Ia membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri.
Oleh yang demikian, DERMAGA hadir dengan pakej 'abstinen' bagi membekalkan remaja dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri.
DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan - 'informal social control' melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak.Ia juga hadir dengan mempersiap kumpulan sokong- bantu dalam proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli dalam masyarakat.
Antara para Jurulatih Master yang membimbing para jurulatih dalam bengkel ini adalah Tuan Fawwaz Hasbullah dan Puan Maria Kamel.
#DirikuPermataBerharga
#DERMAGA
#TUNASDERMAGA
Tiada ulasan
Catat Ulasan