ABIM S'wak - GPM S'wak Sertai Misi ZULFA di Filipina


Manila (Filipina), 24 Mei 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak dan Global Peace Mission Malaysia (GPM) Sarawak, melalui wakil, Ustaz Mohamad Raufa Irman Haji Abdul Raub telah berperanserta dalam misi Ziarah Ukhuwah Fil 'Amal (ZULFA) anjuran Global Peace Mission Malaysia, Union of NGOs of Islamic World (UNIW) dan Future Global Network (FGN).
Rombongan beragkat dari Lapangan Terbang KLIA2 pada awal pagi, dan tiba di Manila sekitar hampir jam 01:00 petang, dan mendaftarmasuk ke penginapa ekitar jam 03:00 petang.
Hari pertama dalam Misi ZULFA ini bermula dengan lawatan key kawasan Pasig City iaitu di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Darul Hayatul Uloom lil Banat li Tahfidzatul Quranil Kareem yang didiami sekitar 45 hingga 50 orang anak-anak perempuan. Tiba sahaja di sana, acara dimulakan dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Setelah itu acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa set makanan kepada 30 keluarga asnaf, telekung kanak-kanak dan remaja, alat tulis, bahan bacaan, dan set 'goodies'.
Turut menyertai misi ini, Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia di bawah OIC.
Acara dilanjutkan dengan program-program lain sehingga 27 Mei 2019.








TAG