Dewan Da'wah Sambas Kunjungi Keluarga Besar ABIM Sarawak



Kuching, 10 Oktober 2019: Dewan Islamiah Indonesia Kabupaten Sambas telah mengadakan kunjungan terhadap keluarga besar ABIM Sarawak pada hari ini, bertempat di Taman Sri Wangi, dekat sini.

Delegasi Dewan Da'wah yang dikepalai ketuanya Bapak Haji Satono bersama 14 orang anggota rombongannya itu bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua pertubuhan di samping sebagai susulan kunjungan ABIM Sarawak ke Sambas pada hujung tahun lalu dan kunjungi Dewan Da'wah Sambas ke Kuching pada awal tahun ini.

Delegasi disambut oleh para pimpinan Jamaah W-A-P antaranya Tuan Haji Awang Hambali Hamdan (Timbalan Pengerusi Majlis Syura Negeri Sarawak), Tuan Haji Raslie Saharan (Pengerusi WADAH Sarawak) dan Mohammad Fazril Saleh.

Delegasi dibawa melawat beberapa premis TASKI ABIM dan kemudiannya mengadakan perbincangan ringkas di premis TASKI ABIM Taman Sri Wangi B.

Di samping bertaaruf, kedua-dua pihak juga saling bertukar pandangan berhubung keadaan semasa dakwah di kedua-dua negara. Beberapa susulan dalam bentuk tindakan juga disepakati sebagai penerusan perbincangan lalu.

Delegasi seterusnya berkunjung dan bertemu dengan pimpinan koperasi ANGKASA Sarawak.

#ABIM #ABIMsarawak #DDI #Sambas