Mempersiap Generasi Belia dalam Era Malaysia Baharu: ABIM Sarawak Anjur Kolokium Kepemimpinan Belia 2019



Kuching, 14 Februari 2019: ABIM Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak telah menganjurkan program "Kolokium Kepemimpinan Belia 2019", bertempat di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, di sini.

Program separuh hari itu dihadiri oleh lebih 120 orang peserta yang terdiri daripada belia berpersatuan, mahasiswa, pelajar dan wakil-wakil agensi kerajaan.

Antara objektif penganjuran kolokium ini adalah mendedahkan peserta pemimpin belia dengan teori dan pengamalan kepemimpinan belia; membangun semangat dan motivasi pemimpin belia dalam membangkitkan potensi diri menjadi pemimpin belia yang terampil dan berkemajuan; merumuskan langkah-langkah praktikal ke arah pembentukan kendiri kepemimpinan belia; menggerakkan persediaan ke arah pengukuhan dan profesionalisme pertubuhan belia di Sarawak; dan menyampaikan hasrat dan aspirasi belia Sarawak kepada pihak kepemimpinan atasan.

Perasmian program disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada ABIM Sarawak atas kejayaan menganjurkan program yang baik seperti ini di mana ia adalah suatu kesempatan bagi para belia Sarawak berada dalam suatu platform yang memberi ruang bagi mereka berkongsi pandangan, aspirasi dan pencapaian masing-masing di samping berperanserta dalam menentukan halatuju belia di negeri ini secara bersama.

Dengan konsep yang julung-julung kali diadakan ini, Kolokium Kepemimpinan Belia 2019 menampilkan Encik Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang menyampaikan Ucapan Dasar beliau berjudul "Membentuk Malaysia Baharu: Ramuan Belia Mengurus 4K - Kepemimpinan, Keluarga, Kerjaya, Kewangan".

Encik Jufitri menengaskan bahawa empat unsur asasi ini wajar mendapat perhatian daripada para belia, iaitu ‘Kepemimpinan’, ‘Keluarga’, ‘Kerjaya’ dan ‘Kewangan’. Kemampuan mengurus empat unsur ini dengan sebaiknya akan membantu ramai belia keluar daripada kemelut permasalahan peribadi yang mengganggu fokus untuk berjaya dalam kehidupan.

Sesi selanjutkan diteruskan dengan sesi ulasan yang menampilkan tiga pengulas jemputan khas iaitu Encik Iszuan Haroni, Setiausaha Eksekutif SABERKAS sebagai pengulas sesi pertama "Kepemimpinan Belia Melalui Kegiatan Berpersatuan"; Puan Noraine Jamil, Ahli Jawatankuasa Guru Muda sebagai pengulas sesi kedua "Belia dan Kerjaya"; dan Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin, Pengerusi Koperasi Sri Madani Sarawak sebagai pengulas sesi ketiga "Belia, Keluarga dan Perancangan Kewangan".

Kolokium ini juga diserikan dengan kehadiran pimpinan Majlis Belia Sabah yang diketuai Presidennya, Encik Ahmad Farid Sainuri serta Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia (GPM) Encik Ahmad Fahmi Samsuddin. Encik Ahmad Farid Sainuri juga turut menyampaikan pandangan beliau melalui pentas perbincangan dalam kolokium ini.

Para peserta juga diberi ruang untuk bertanya soalan di samping memberikan komentar berkaitan topik yang dibahaskan. Keseluruhan acara diteraju oleh moderator Encik Mohammad Fazril Saleh, Setiausaha ABIM Negeri Sarawak.

Di penghujung kolokium, Encik Jufititri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia telah membentangkan ucapan penggulungan yang antara lain menyenaraikan:

1. Pentingnya belia menyertai persatuan atau pertubuhan belia sebagai suatu platform yang signifikan untuk membawa suara belia dari akar umbi ke peringkat atasan;

2. Pemimpin belia harus mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif dalam memastikan kelestarian pertubuhan belia;

3. Pertubuhan belia harus berani dan berdikari;

4. Pertubuhan belia harus kuat dan perjuangkan suara anak muda dan isu-isu pembangunan negara;

5. Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai pertubuhan induk belia Malaysia harus mendapat sokongan daripada belia Sarawak.

Kolokium ini juga mendapat liputan daripada pelbagai media massa:

Media Cetak:

1. Utusan Borneo
Edisi Jumaat, 15 Februari 2019 (Halaman 5) berjudul "Kolokium Kepemimpinan Belia Anjuran ABIM Dapat Sambutan Menggalakkan";

2. Utusan Borneo
Edisi Jumaat, 15 Februari 2019 (Halaman 11) berjudul "MBM Fokus Deka Ngemansangka Raban Nembiak di Borneo";

3. Utusan Sarawak
Edisi Sabtu, 16 Februari 2019
(Halaman 6) "Dedah Belia Politik, Demokrasi";

4. Utusan Borneo
Edisi Jumaat, 15 Februari 2019 (Halaman 5) berjudul "Kerajaan Perlu 'Matangkan' Belia 18 Tahun Sebelum Jadi Pengundi";

5. The Borneo Post
Edisi Friday, 15th February 2019 (Page 02) berjudul "Think Hard Berfore Accepting 'Lucrative Job Offers', Youth Advised";

Media portal berita elektronik:

1. Portal Dayak Daily
Edisi 15 Februari 2019
"ABIM Sarawak Nafi Kurang Bersetuju dengan Cadangan Menurunkan Had Umur Pengundi"
https://dayakdaily.com/abim-sarawak-nafi-kurang-bersetuju-dengan-cadangan-menurunkan-had-umur-pengundi/

2. Portal Dayak Daily
Edisi 15 Februari 2019
"Belia Dinasihatkan Berhati-hati Menerima Tawaran Kerja Lumayan di Negara Lain"
https://dayakdaily.com/belia-dinasihatkan-berhati-hati-menerima-tawaran-kerja-lumayan-di-negara-lain/

3. New Sarawak Tribune Online
Edisi Jumaat, 15 Februari 2019
"ABIM Serious in Youth Development"
https://www.newsarawaktribune.com.my/news/abim-serious-in-youth-development/?amp

4. Portal Sarawak Voice
14 Februari 2019
"Konsep 4K Bangunkan Belia Sarawak Berakhlak Tinggi"
https://sarawakvoice.com/2019/02/14/konsep-4k-bangunkan-belia-sarawak-berakhlak-tinggi/

Media Elektronik (TV)

1. TV Sarawak
Edisi 14 Februari 2019
"Kolokium Kepemimpinan Belia Dorong Belia. Mainkan Peranan Positif kepada Masyarakat dan Negara"
https://tvsarawak.com/tyt-terima-kunjungan-perpisahan-daripada-mejar-jeneral-dato-toh-choon-siang/

2. Slot Khabar dari Sarawak, ASTRO AWANI
Edisi 18 Februari 2019
"Golongan Belia Aset Negara"
http://www.astroawani.com/video-malaysia/khabar-dari-sarawak-himpunan-27-etnik-sarawak-370437

Rakaman kolokium dapat ditonton di pautan berikut:

Bahagian 1 - Sesi Ucapan Dasar oleh Presiden MBM
https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/videos/1006518772877770/

Bahagian 2 - Sesi Ulasan Tiga Segmen
https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/videos/440218870049473/


























TAG