Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sarawak (ABIM Sarawak) mengucapkan Selamat Hari Malaysia.
Mari sama-sama kita raikan perbezaan dan kepelbagaian etnik dengan memperkukuhkan semangat perpaduan dan kesatuan yang kita miliki selama ini demi melestarikan keharmonian negara yang kita cintai.
Semangat cinta dan sayang kepada watan (tanah air) adalah suatu sifat terpuji yang ada pada diri junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang begitu mencintai tanah kelahiran baginda, iaitu Makkah Al-Mukarramah.
Oleh itu, ayuh terjemahkan rasa cinta dan sayang kepada Malaysia dengan membantu memberikan sumbangan kepadanya dalam apa juga bidang.
Sayangi Malaysiaku!
- SEJAHTERAKAN SARAWAK -
#ABIMSarawak
#SayangiMalaysiaku
#SejahterakanMalaysiaDenga
Tiada ulasan
Catat Ulasan