27 Disember 2019
Ratusan umat Islam berhimpun berdekatan Kedutaan China di Kuala Lumpur bagi membantah penindasan Kerajaan China ke atas Etnik Uyghur selepas solat Jumaat pada hari ini.
ABIM dan Global Peace Malaysia disertai oleh Hizbut Tahrir Malaysia dalam usaha memberikan memorandum protes kepada Duta Besar China, Bai Tian.
Namun, usaha berkenaan tidak diendahkan oleh pihak Kedutaan, dengan Setiausaha Agung ABIM, Saudara Muhammad Fazril Saleh menyifatkan ia sebagai tindakan penakut oleh sebuah kuasa besar dunia yang tidak berani berhadapan dengan rakyat Malaysia.
Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata ABIM tetap akan meneruskan usaha menekan kerajaan China selagi ia tidak bersikap terbuka dalam menjelaskan isu Uyghur ini.
ABIM Sarawak melihat perkembangan ini sebagai suatu permulaan yang baik dalam usaha bersolidariti dengan saudara se-Islam Uyghur yang ditindas di Turkistan Timur.
Kempen-kempen protes akan tetap diteruskan pada masa akan datang di seluruh Malaysia sehingga kerajaan China mengalah dan menghentikan kempen penindasan mereka yang kejam.
Kami juga turut beranggapan bahawa suatu kuasa politik Islam harus dibina secara serius bagi menyaingi kekuatan ekonomi dan politik China agar tiada lagi penindasan sebegini berterusan pada masa akan datang.
Sama-sama kita doakan keselamatan saudara Uyghur kita!
Tiada ulasan
Catat Ulasan