24 Disember 2019
ABIM Sarawak menyokong penuh tindakan Mesut Ozil mengkritik kekejaman rejim negara China yang menzalimi jutaan Uyghur di Xinjiang.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), tindakan kerajaan China menahan lebih sejuta rakyat berbangsa Uygur dalam kem tahanan adalah amat kejam dan tidak menghormati hak asasi mereka untuk hidup bebas di tanah air sendiri.
Terdapat beberapa lagi laporan lain yang menyatakan Uyghur ini dilarang ketat daripada menjalani kehidupan sebagai Muslim seperti dilarang berpuasa dan menyimpan janggut serta masjid mereka dimusnahkan.
Maka tidak hairanlah Mesut Ozil bangkit membantah kekejaman seperti itu, walaupun dia dikritik balas oleh kerajaan China. Semua atlet dan institusi sukan seluruh dunia sepatutnya mengikut tindakan Ozil dan mengutuk keras kekejaman kerajaan China ini!
#iStandWithOzil
#PeduliUyghur
#ABIMSarawakStandWithOzil
====================
🖥 www.abimsarawak.org
🤳🏻 www.facebook.com/abimnegerisarawak
📱011-61783206
📧 abimsasar@gmail.com
Tiada ulasan
Catat Ulasan