ABIM Ucap Selamat Tahun Baru Cina 2020


ABIM UCAP SELAMAT TAHUN BARU CINA 2020

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan ‘Gong Xi Fa Chai’ kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua. Sesungguhnya, keharmonian serta kesejahteraan negara Malaysia yang berbilang kaum serta fahaman, perlu sentiasa dipelihara, demi masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang.
Sikap saling hormat-menghormati serta budaya dialog perlu sentiasa dibugar serta disuburkan, kerana kita digalakkan untuk saling kenal-mengenal dan memahami antara satu sama lain. ABIM menerusi platform Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM); akan terus konsisten dalam menggerakkan agenda “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” melalui penglibatan anak muda di kampus mahupun negeri.
Semoga Tahun Baru Cina diraikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Rakyat Malaysia – tanpa mengira apa jua latar belakang; perlu menjiwai semangat keharmonian tulen, memperkukuh tekad sejati dan beriltizam untuk menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai masyarakat yang bertamadun.
Semoga tahun tikus membawa kebahagiaan, kegembiraan, kesejahteraan dan kesihatan baik untuk semua. Selamat Tahun Baru Cina; ‘Xin Nian Kuai Le’!

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden ABIM

#CNY #ChineseNewYear #GongXiFaCai
TAG