Bicara Tanwir Edisi Tahun Baru
ABIM Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) atas kesudian bekerjasama menjayakan Bicara Tanwir sempena ambang tahun 2020 semalam.
Bicara Tanwir kali ini menampilkan Setiausaha ABIM Sarawak, Saudara Awang Syazuan Shafiq Bin Awang Jaya dan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam forum bertajuk "Formula Kejayaan Mukmin Menurut Al-Quran".
IKMAS dan ABIM Sarawak tampil mengadakan aktiviti berbeza di ambang tahun baru dengan memanfaatkan jam-jam terakhir tahun 2019 melalui majlis ilmu dan selawat yang dihadiri oleh 170 orang mahasiswa IKMAS.
Terima kasih daun keladi!
SEJAHTERAKAN SARAWAK
Tiada ulasan
Catat Ulasan