![]() |
Trump bersama teman baiknya, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu |
Donald Trump sekali lagi mengundang kemarahan umat Islam dunia dengan "Pelan Keamanan" Palestin-Israel beliau yang jelas menyebelahi Israel.
Berdasarkan pelan berkenaan, Israel akan mengekalkan dominasi mereka ke atas Baitulmaqdis manakala ibu negara Palestin yang baharu akan dipusatkan di pekan Abu Dis, tidak jauh dari Baitulmaqdis.
Di samping itu, pelan Trump itu juga memberikan ruang yang besar kepada tentera Israel untuk memasuki wilayah Palestin sesuka hati, manakala sebarang tindakan politik dari pihak Palestin perlu mendapat persetujuan Amerika Syarikat dan Israel terlebih dahulu.
Gerakan pembebasan HAMAS juga dikehendaki untuk meletakkan senjata sebagai sebahagian daripada "Pelan Keamanan" tersebut.
Walau bagaimanapun, pelan berkenaan tidak dipersetujui oleh Palestin dan dilihat sebagai suatu yang tidak realistik, di samping jelas menunjukkan bias kepada Israel.
Situasi ini menggambarkan betapa Trump memihak kepada Israel sejak awal kepimpinan beliau lagi.
Kini semakin jelas bahawa masa depan politik umat Islam seperti di Palestin akan terus dicampuri kuasa asing tanpa sebarang usaha negara-negara Islam untuk bersatu membawa agenda yang sama.
Umat Islam perlu bangkit demi mengalahkan agenda jahat Israel dan Amerika Syarikat untuk terus menindas rakyat Palestin!
Tiada ulasan
Catat Ulasan