4 Januari 2020
ABIM Sarawak merujuk kepada laporan di Borneo Post semalam yang menyebut tentang penemuan daging khinzir di perkarangan masjid di BDC oleh pekerja pembersihan am masjid.
Dimaklumkan juga bahawa daging berkenaan disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak sebagai daging khinzir.
Sememangnya perkara berkenaan amat mendukacitakan dan menggusarkan kerana semua sedia maklum bahawa masjid adalah kawasan suci bagi umat Islam, manakala khinzir adalah haiwan yang dianggap sebagai tidak suci.
Oleh itu, ABIM Sarawak menggesa agar siasatan diselesaikan segera agar dapat memberikan kepastian tentang sumber daging berkenaan.
Jika terdapat unsur sabotaj, maka sewajarnya tindakan drastik diambil bagi memastikan tiada provokasi seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang.
ABIM Sarawak turut menyeru umat Islam di Sarawak untuk berhati-hati dalam memastikan kesucian masjid terjaga dengan sebaiknya.
Semoga keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Sarawak akan terus terjamin dan bebas daripada sebarang unsur yang tidak baik.
M. Raufa Irman Bin Haji Abdul Raub
Yang Dipertua ABIM Sarawak
Untuk laporan asal sila rujuk: https://www.utusanborneo.com.my/2020/01/03/polis-siasat-penemuan-daging-khinzir-di-pekarangan-masjid-di-bdc
Tiada ulasan
Catat Ulasan