Imam Hasan Al-Basri Pernah Menggunakan Kalimah Penunggang Agama
Selepas kewafatan Khalifah Umar Abdul Aziz yang dibunuh oleh kelompok elit bangsawan yang membencinya, Khilafah Islamiyah kembali memasuki era kegelapan. Khalifah ketika itu hanyut dalam korupsi dan maksiat, serta cahaya perubahan Umar Abdul Aziz kini digugat oleh kuasa kejahatan yang dahulunya sunyi di era Umar.
Ketika itu datanglah sang Imam bernama Hasan Al-Basri beserta pengikutnya yang berjihad menghadapi 'forces of darkness' ini. Suatu ketika, di era pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik yang zalim, dia telah melantik Umar ibn Hubairah Al-Fuzariy sebagai Gabenor Iraq dan Khurasan. Maka guguplah sang Gabenor untuk berkhidmat di bawah khalifah zalim, lalu dipanggilnya ulama ulung memberi nasihat dan pedoman iaitu Muhammad ibn Sirin, Sya'bi dan Hasan Al-Basri.
Lalu berkata Sang gabenor dengan keluh kesah:
"Bukankah Yazid ini Khalifah yg dilantik Tuhan?. Maka nak tak nak kita kena patuh dia bukan?... Apa pandangan kamu?"
Berkata Muhammad ibn Sirin dan Sya'bi dgn penuh berlapik dan tidak berterus terang.. Namun apabila tiba giliran sang Imam Hasan Al-Basri, beliau terus menegur si Gabenor.
"Wahai Anak Hubairah, takutlah Allah jika kamu turuti Yazid, dan jangan takuti Yazid dalam melakukan suruhan Allah.
Ingatlah bahwa Allah lah Yang Maha Melindungimu dari kejahatan Yazid dan Yazid tidak mampu melindungimu dari Azab Tuhanmu.
Ingatlah bahwa Tuhan mampu menghantar kepadamu malaikat, maka dia akan melenyapkan kamu dari keenakan tilammu, dan mencabut kamu keluar dari keluasan istanamu kepada kesempitan liang lahad, ketika itu hanya amalmu Yang mampu menyelamatkanmu.
Wahai anak Hubairah, jika kamu derhaka kepada Allah maka ketahuilah bahwa kekuasaan yang diberi kepada kamu itu tujuannya untuk membantu Agama Allah dan hambaNya.
Maka jangan kamu TUNGGANG AGAMA ALLAH dan hambaNya untuk menikmati kuasa yang dipinjamkan Allah.
Ingatlah bahwa tiada ketaatan kepada si makhluk yang derhaka kepada Tuhannya".
Maka tenanglah si Gabenor, lalu merungutlah Sya'bi dan Muhammad ibn Sirin dgn sedih lalu mereka berkata, "kita jawab dengan jawapan yang miskin dan sia-sia, maka ganjaran kita pun sia-sia sahaja."
Ditulis oleh:
Omar Mokhtar
Timbalan Yang Dipertua ABIM Pulau Pinang
Rujukan: Rijalul Fikri Waddakwah Fil Islam oleh Abu Hasan Ali An-Nadwi.
Tiada ulasan
Catat Ulasan