Sultan Oman, Qaboos Bin Said Al-Said, pemimpin dunia Arab yang paling lama memegang tampuk pemerintahan telah meninggal dunia.
Diangkat menjadi Sultan pada tahun 1970, beliau memimpin perubahan di negara Oman, menjadikannya sebuah negara moden walaupun sebelumnya Oman adalah antara sebuah negara termiskin di dunia Arab.
Di bawah kepimpinannya juga, Oman menjadi pemain politik penting dalam memastikan keamanan berterusan di Timur Tengah.
Sultan Qaboos pernah menjadi orang tengah dalam beberapa rundingan penting seperti Perjanjian Nuklear Iran pada tahun 2015 yang telah mengurangkan ketegangan pada ketika itu.
Beliau disyaki menghidapi penyakit Kanser Usus dan telah menjalani rawatan di Jerman dan Belgium pada tahun lepas.
Lewat petang Sabtu, kerajaan Oman telah menamakan pengganti beliau iaitu Sultan Haitham Bin Tariq Al-Said bagi meneruskan legasi beliau.
Sultan Haitham yang kini berusia 65 tahun pernah menjawat jawatan Menteri Budaya Oman sebelum ini.
Takziah diucapkan atas kemangkatan Sultan Qaboos. إنا لله وإنا إليه راجعون
Tiada ulasan
Catat Ulasan