![]() |
Erdogan bersama seterunya, Presiden Rusia, Vladimir Putin |
Sebagai sebuah negara yang prihatin terhadap nasib umat Islam yang dizalimi, Turki di bawah kepimpinan Presiden Reccep Tayyib Erdogan kini berseorangan menghadapi kuasa besar Rusia yang membantu rejim zalim Bashar al-Assad di Syria.
Berbeza dengan negara-negara lain yang kononnya menyokong rakyat Syria yang menentang Bashar, Turki adalah satu-satunya negara yang menghantar tentera ke Syria untuk mempertahankan jutaan rakyat Syria yang tinggal di Wilayah Idlib.
Wilayah Idlib adalah wilayah terakhir yang dikuasai oleh kelompok penentang Bashar, dan kini diserang dengan bertubi-tubi oleh tentera Syria yang dibantu oleh tentera elit Rusia.
![]() |
Pejuang Free Syria Army mengibar bendera Syria |
Setelah 9 tahun perang saudara di Syria, pihak penentang Bashar yang digelar Free Syria Army kini dikepung dari pelbagai arah setelah Iran dan Rusia masuk campur untuk membantu rejim Bashar.
![]() |
Konvoi perang tentera Turki |
Demi mengelakkan pertumpahan darah yang berterusan, Turki menghantar ribuan tentera ke wilayah Idlib. Kini, lebih 50 orang tentera Turki telah terkorban akibat bedilan daripada tentera musuh yang dibantu jet pejuang Rusia.
Erdogan telah memberikan amaran bahawa jika keadaan tidak reda di Idlib dan tenteranya berterusan diserang, Turki akan melancarkan perang ke atas Syria dan Rusia.
Setakat ini, rundingan antara Erdogan dan Presiden Rusia, Vladimir Putin belum membuahkan hasil. Rusia sebagai sebuah kuasa dunia yang memiliki bom nuklear dilihat tidak mahu berganjak dan menerima tuntutan Erdogan untuk tentera Rusia berundur dari Syria.
Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan negara-negara Islam yang lain pula enggan membantu Turki dalam konfrontasinya dengan Rusia. Turki kini berseorangan menghadapi kuasa besar Rusia di medan perang.
Tiada ulasan
Catat Ulasan