![]() |
Kemusnahan teruk di sebuah kejiranan didiami penduduk Muslim di New Delhi, India |
Lebih 40 orang disahkan terbunuh dalam sebuah lagi insiden keganasan yang mengharukan di India.
New Delhi menjadi lokasi terbaharu kes rusuhan ganas yang dimulakan ribuan puak pengganas beragama Hindu yang telah membunuh, mencederakan dan membakar rumah serta perniagaan milik umat Islam.
Insiden dilaporkan berlaku setelah seorang ahli politik dari Bharatiya Jannata Party (BJP) mencetuskan provokasi dengan mengungkapkan kata-kata keras untuk mengusir umat Islam India yang sedang melaksanakan demonstrasi bagi membantah kerajaan India yang diketuai oleh BJP.
Antara yang terbunuh adalah Musharraf, seorang lelaki Muslim berusia 30 tahun yang dibunuh oleh pengganas-pengganas berkenaan di hadapan ahli keluarganya sendiri. Beliau dipukul hingga mati dan mayatnya diheret ke dalam longkang.
Saksi kejadian, Shakir yang juga merupakan abang ipar mangsa melaporkan bahawa pembunuh-pembunuh berkenaan memakai helmet untuk mengelakkan identiti mereka dicam, serta membawa senjata-senjata seperti besi dan parang.
![]() |
Tular gambar seorang lelaki Muslim India, Muhammad Zubair dibelasah oleh sekumpulan ekstremis Hindu di New Delhi. Sumber: The Guardian |
Insiden ini menjadi sebuah lagi bukti yang menunjukkan puak ekstrimis agama dari Parti BJP bertindak ganas dengan membunuh penduduk India beragama Islam, dengan dibantu oleh pihak berkuasa seperti polis.
Portal berita The Guardian turut melaporkan tindakan polis yang membantu para perusuh tersebut dengan menunjukkan lokasi rumah dan perniagaan milik rakyat India beragama Islam. Para saksi turut melaporkan tindakan polis yang berdiam diri dan enggan membantu mangsa-mangsa keganasan itu.
Kerajaan India kini menjadi sebuah lagi pihak yang melakukan keganasan ke atas populasi Muslim di negara mereka sendiri, mengikut jejak Myanmar.
Isu-isu keganasan dan pembunuhan ke atas umat Islam hanya atas sebab perbezaan agama dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, tiada negara Islam pun yang bangkit dan membantah oleh kerana kuasa ekonomi yang dimiliki India, sepertimana tiada negara Islam yang membantah tindakan China memenjarakan jutaan umat Islam Uyghur baru-baru ini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan