ABIM Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) atas jemputan ke Randau Belia di pejabat JAIS pada 10 Disember yang lepas.
ABIM Sarawak diwakili oleh Yang Dipertua, Awang Syazuan Shafiq Bin Awang Jaya, Setiausaha Kewangan, Muhammad Zhariff Bin Azhari dan Exco Dakwah dan Tarbiyah, Diyana Binti Jamali.
Turut hadir adalah pelbagai organisasi dakwah lain yang aktif di negeri Sarawak termasuk Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), IKRAM, ISMA, HIKAM dan Rakan Siswa YADIM, antara lain.
Program Randau Belia ini diadakan untuk menjadi wadah perkenalan antara organisasi-organisasi Belia Islam di Sarawak dengan para pegawai JAIS, terutamanya Unit Dakwah JAIS.
Perbincangan tersebut juga berkisar tentang pelaksanaan program-program dakwah yang berfokus kepada belia di negeri Sarawak serta perancangan untuk pelaksanaan usaha dakwah kepada golongan belia secara intensif pada masa akan datang.
ABIM Sarawak yakin bahawa JAIS sebagai sebuah jabatan kerajaan yang memiliki kredibiliti dan kompetensi mampu menjadi badan penyatu kepada semua organisasi Belia Islam untuk menyampaikan usaha dakwah kepada belia di seluruh negeri Sarawak.
Semoga kita terus istiqamah dalam usaha murni ini.
SEJAHTERAKAN SARAWAK
1 ulasan
Best Soccer Predictions and Free Tips - Konicasino 온카지노 온카지노 코인카지노 코인카지노 bet365 bet365 45Top 10 strongest fixed matches 100 sure tips
Catat Ulasan