PENYALURAN SUMBANGAN KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB)









Pada 12 Disember yang lepas, pimpinan ABIM Sarawak bersama para sukarelawan telah menyalurkan bantuan keperluan asas kepada 18 individu dan keluarga bersempena Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 2020 di sekitar Kuching dan Samarahan.

Sepanjang November dan Disember ini, sumbangan KSSB telah disalurkan kepada 55 buah keluarga yang memerlukan. Kesemua keluarga berkenaan mendapati pendapatan mereka teruk terjejas akibat kesan buruk pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara.

Pada kesempatan yang sama, ABIM Sarawak mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai kepada golongan yang memerlukan bantuan. Mari bersama-sama kami memastikan agar tiada sesiapa yang tertinggal tanpa kepedulian.

💳 Salurkan sumbangan anda ke: 11013010075532 (Bank Islam)
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
Hubungi Urusetia KSSB Sarawak: 📞
📱 0178315844| Natasha
📱0198659521 | Zhariff
ANDA HULUR, KAMI SAMPAIKAN







TAG