Seluruh keluarga besar ABIM Sarawak mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua ahli Angkatan Belia Islam Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, Muktamar Sanawi ABIM akan dilaksanakan pada 25 hingga 26 Disember 2020 di seluruh Malaysia. Muktamar kali ini ternyata berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Kita tidak dapat merayakan hari besar buat jemaah ini seperti sebelum ini disebabkan oleh kekangan yang terjadi akibat pandemik Covid-19.
Walau bagaimanapun, ia tidak akan mematahkan semangat kita dalam bermuktamar. Jika sebelum ini kita bersua secara fizikal dan berhimpun beramai-ramai, kali ini himpunan kita tetap diteruskan tetapi dalam lokaliti masing-masing dan dipertemukan bersama di seluruh negara secara maya.
Cabaran Covid-19 ini mendorong kita untuk lebih kreatif dalam berkarya. Namun, ia tidak sesekali mengurangkan semangat juang kita dalam menyebarkan risalah dakwah ini. Malah, ia menjadi satu cara terbaik untuk membuktikan betapa kita cintakan wadah perjuangan yang kita pilih ini.
Ayuh, terus maju melangkah ke hadapan terus istiqamah berjuang.
Selamat bermuktamar!
Tiada ulasan
Catat Ulasan