21 Mei 2021 (Jumaat)- ABIM Sarawak telah menerima jemputan daripada pihak masjid untuk menerangkan isu Palestin dan pelancaran Tabung Kemanusiaan untuk Palestin sebelum Solat Jumaat semalam.

Kupasan isu Palestin disampaikan oleh Encik Awang Syazuan Shafiq (Yang Dipertua) ABIM Sarawak bertempat di Masjid Darul Naim, Kampung Lintang.

InsyaAllah, ABIM Sarawak akan memperluaskan lagi usaha bantuan kemanusiaan khusus buat saudara-saudara Palestin melalui program berbentuk ceramah, perkongsian dan kuliah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak masjid terutamanya Saudara Zul Zikri Khasri atas jemputan. Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara NGO Islam dan masjid-masjid di Sarawak.

#MyAqsaDefenders
#PeduliPalestin
#SEJAHTERAKAN SARAWAK