Termaktub dalam perlembagaan ABIM dalam Bab 1 Perkara 1.3:-

Lambang ABIM berbentuk bulan sabit berwarna hijau dengan perkataan ALLAH dalam tulisan jawi di tengah-tengahnya dan perkataan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA dalam tulisan Jawi di bawah bulan sabit itu.
ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.
Visi ABIM: 'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah'
Misi ABIM: 'Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah'
Budaya ABIM:
- Menghayati Budaya Ilmu,
- Menghayati Amalan Kerohanian,
- Menghayati Amal Shura dan Amal Jama’iyy,
- Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan
- Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.
Kaedah Perlaksanaan:
- Menimbulkan kesedaran Islamiah melalui penerbitan-penerbitan, ceramah-ceramah, forum-forum, simposium-simposium, seminar-seminar dan lain-lain di kalangan masyarakat;
- Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan pengkajian Islam (usrah) di dalam gerakan ini;
- Menggalakkan penyelidikan dan pengkajian di dalam bidang-bidang dan hal-hal yang berkenaan dengan Islam;
- Melatih petugas-petugas dakwah Islamiah;
- Menjaga dan memupuk ukhuwwah Islamiah di dalam dan di luar gerakan, sama ada di dalam mahupun di luar negeri;
- Menegakkan yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar;
- Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan Islam yang benar-benar mendokong cita-cita Islamiah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan